Pertandingan Catur Tertutup PSIS 2011


Pertandingan Catur Tertutup PSIS 2011 merupakan acara penutup untuk aktiviti Kelab Catur PSIS sesi Jun 2011. Pertandingan tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya pada 29 Oktober 2011 di Kafeteria Politeknik Sultan Idris Shah ... 


Walaupun bilangan peserta yang menyertai pertandingan ini hanya seramai 22 orang.. Tetapi pertandingan ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat di ambil di sepanjang pertandingan ini...

Para peserta begitu tekun mengatur strategi...

Berikut merupakan senarai pemenang Pertandingan Catur Tertutup PSIS 2011...


Tempat Ketiga : Muhammad Syukur Bin Azmi

Tempat Kedua : Mohamad Fadhil Bin Ahamad 


Tempat Pertama : Syed Farid Firdaus.

Tahniah buat para peserta yang berjaya memenangi pertandingan ini.. Bagi yang tidak berjaya, jangan berputus asa... boleh cuba lagi pada tahun hadapan...

Setinggi penghargaan terima kasih saya ucapkan buat pelajar dan staf yang turut sama memeriahkan pertandingan ini pada kali ini...

Insya Allah pada tahun hadapan kelab Catur PSIS akan membuat perancangan dengan lebih rapi dan teliti supaya pertandingan ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya...

Dengan terlaksananya Pertandingan Catur Tertutup PSIS ini, maka berakhirlah sudah aktiviti kelab catur bagi tahun 2011...

Semoga berjumpa lagi pada Pertandingan Catur Tertutup PSIS pada tahun 2012..
Share on Google Plus

About nuargto

Seorang Penulis Blog Secara Sambilan di Coretananuar.com, catur-sukipt.blogspot.my. Sangat meminati permainan catur
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments: